Home » » Resepi Kuih Raya

Resepi Kuih Raya

Written By Siti Rozita Othman on Jumaat, 18 November 2011 | 10:01 PG

Resepi UMMI.


saya bukanlah pandai sangat memasak ni..tp lepaslah untuk suami dan anak2 makan..bila dorang kata sedapp je...kira bangga juga lah ..bertambah kembanglah badan ni...hihihi


saya jenis suka mencuba...tp kene time suami keje...mana tau, bila tak jadi...boleh dibuang je.hahaha.


yg penting kita kene buat sikit2 dan ikut sukatan.biskut dan roti kene betul2 ikut sukatan..bukan mcm kita masak lauk pauk..boleh agak2.


resepi2 ni...saya gunakan untuk berniaga time raya juga.kecil2 an jer..
sila2 lah cuba yer.




Resepi Kuih Bakar


2 Mangkuk Gula
1 Mangkuk telur
1 Mangkuk tepung
1/2 Mangkuk santan
1/2 cawan air daun pandan
1 sudu kecil pewarna kuning
3 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
3 biji buah pala


cara


1. Campurkan gula dan telur (gaul sebati)
2. Masukkan semua bahan2 dan gaul semuanye hingga sebati.
    gunakan senduk kayu saje.
3. adunan ni elok kalau kita biarkan semalaman....










Biskut sarang semut


1 cawan majerin
1 cawan gula halus
2 biji kuning telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung sagu
1 camca teh perisa vanila
coklat rice (hiasan)




cara


1. pukul majerin , kuning telur dan gula halus hingga kembang sedikit
2. kemudian masukkan perisa vanila dan bahan2 kering.
3. kepalkan adunan dan gunakan hujung garfu untuk jadikan lorekan supaya  aduanan jadi kecil2.kemudian masukkan dalam mangkuk kertas yg kecil.taburkan coklat rice diatas adunan yg sudah siap td.








Biskut Tart


12 oz mentega
4 oz gula halus
50 gm tepung serbaguna  red rose
10 gm tepung jangung
2 biji kuning telur
1 camca teh perasa vanila




cara


1. mentega,gula dan telur dipukul hingga kembang.
2. masukkan perisa vanila dan tepung.terap dan letak inti nenas.






Salam Sayang
UMMI DAMIA ALIAH

0 comments:

Catat Ulasan