Home » » Resepi Roti Bun

Resepi Roti Bun

Written By Siti Rozita Othman on Rabu, 30 November 2011 | 6:56 PTG

Petang semalam kawan lama call.Dia nak minta resepi roti bun..
Dulu memang ita buat bisnes roti bun ni...sampai hantar kat kilang dan sekolah sekitar sini.
sejak suami kemalangan kat tempat kerja jd terberhenti sekejap.sebab harapkan suami hantar roti2 tu..terkejar2 dia.masa tu juga tekat dalam hati nak belajar pandu kereta...lama2 suami kata tak payahlah buat lg..penat dan anak2 pulak masih kecil masa tu.jd pekakas dapur tu guna masa buat kuih raya saje.
Meh ita kongsikan resepi roti bun ye.

Roti Bun manis

1 kg Tepung Roti
20 gm yeast (untuk buat roti punya)
200 gm gula
50 gm susu tepung
10 gm garam
10 gm improver
10 gm softener
130 gm shortening
2 biji telur
450 gm air
inti kelapa,sambal sardin,kaya atau kacang


cara.
campur semua bahan kering, masukkan telur dan air.kemudian masukkan shortening.uli sebati.pastikan doh lembut dan boleh ditarik macam roti canai tu baru timbang  seberat 70 grm ,bulatkan dan rehatkan 10 minit.
kemudian masukkan inti dan tunggu kembang dan bakar 200 darjah selama 15-20 minit.

0 comments:

Catat Ulasan