Home » » Tips Mendapat Khasiat Suplemen Kalsium Secara Optimum

Tips Mendapat Khasiat Suplemen Kalsium Secara Optimum

Written By Siti Rozita Othman on Sabtu, 26 November 2011 | 11:34 PG

Dua suplemen kegemaran saya ialah B Complex dan OsteMatrix. Kedua-dua suplemen ini merupakan saviour saya ketika :
~ keletihan melampau dek aktiviti harian yang padat, memenatkan dan mengundang stress
~ period kerana ia membantu memberi mood yang stabil (B Complex) dan maintain breastmilk productions (OsteMatrix)
 So, saya nak share pasal OsteMatrix SHAKLEE.
- membantu mengurangkan risiko osteoporosis
- membina dan memelihara tulang dan gigi yang kuat
- membantu mengekalkan tekanan darah normal
- membantu dalam pengecutan otot dan kelancaran sistem saraf
- mengurangkan simptom PMS (senggugut)


Kelebihan OsteMatrix SHAKLEE :
- 1000 mg (100%  DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi (highly concentrated) dan mudah diserap
- 400 mg (100%  DV) magnesium bergabung dengan kalsium untuk kekuatan tulang
- 400 IU (100%  DV) vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium.

Jadi, bagaimana nak mendapatkan khasiat kalsium ni secara optimum?

- makan dalam dos yang kecil sepanjang hari. contoh, pengambilan OsteMatrix adalah  disarankan sebanyak 4 biji sehari. makan 2 biji di waktu pagi, 2 biji sebelum tidur
-  ambil kalsium bersama magnesium, vitamin C, A, D, E dan K. OsteMatrix sudah mempunyai kandungan megnesium dan vitamin D, so disyorkan makan OsteMatrix selepas pengambilan VitaLea ( 2 biji Ostematrix) pada waktu pagi, selepas bersarapan. Jarakkan masa makan kerana Vitalea mengandungi zat besi yang boleh mengurangkan penyerapan kalsium ke dalam tubuh.
- ambil lagi 2 biji kalsium sebelum tidur. tubuh lebih mudah menyerap kalsium ketika tidur.**

** juga membantu tidur yang lebih lena.

Nah! anda dah tahu, so jangan lupa amalkan tips berguna ini. nantikan tips2 lain pengambilan vitamin untuk mendapat khasiat secara optimum.

B Complex dan Ostematrix Untuk Yang Migrain

credit to Mommy Lyna ~*

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
·                     Sakit kepala kerana tekanan
·                     Sakit kepala kerana sinus
·                     Sakit kepala kerana migrain
Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
1.                   Kekurangan zat dan nutrisi
2.                   Faktor keturunan
3.                   Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
4.                   Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
5.                   Terlalu banyak mengambil kafein
6.                   Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.

Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin untuk migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

Credit untuk www.yoursupermom.com
*Produk ini tidak bertuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sebarang pertanyaan mengenai Vitamin Shaklee, anda boleh hubungi  

H/P   : 019 6550049 ~ Siti Rozita Othman
FB    : Ct Rozita Othman
Shaklee Independent Distributor : ID 866295
FB Page : Jom Hidup Sihat & Cantik
Pos Laju ke Seluruh Malaysia.
COD : Cheng,Bukit Rambai dan Tanjung Minyak Melaka.


Salam Sayang
UMMI DAMIA ALIAH


0 comments:

Catat Ulasan