Home » » Tahun Baru 2012

Tahun Baru 2012

Written By Siti Rozita Othman on Isnin, 2 Januari 2012 | 12:49 PG

Bismillahirrahmanirrahim


Assalammualaikum semua.


Alhamdulillah syukur pada Allah yang memberikan kita kelapangan dan kesihatan yang baik.
Harapan tahun baru 2012 merupakan permulaan yang cemerlang bagi kita semua dan Semoga Allah memberi rahmatnya dan melindungi dan memurahkan rezeki kita sekeluarga .
Dalam pada kita melangkah ke tahun baru , berkobar2 dengan segala macam azam.tetapi jangan pula kita lupa untuk muhasabah diri sendiri. Fikir bagaimana amalan kita yang lepas, puasa bulan ramadhan dah berganti ke belum, bagaimana dengan sembahyang wajib dan sunat, bacaan al quran dan zikir.


Allah menciptakan dunia tidak untuk main-main atau senda gurau, tetapi Allah 
menciptakannya untuk suatu hikmah yang agung, sebagaimana firman Allah:
إِنَّا جَعَلْنَا مَاعَلَى اْلأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً
“Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya 
agar Kami menguji mereka siapakah diantara mereka yang terbaik perbuatannya”. [Al Kahf 
:7].
Allah menciptakan dunia tidak lain ialah sebagai ladang kampung akhirat dan kampung 
untuk beramal. Sedangkan akhirat sebagai kampung menuai balasan. Barangsiapa mengisi 
dunia dengan amal shalih, niscaya ia akan menuai keberuntungan di dua kampung 
tersebut. Sebaliknya, barangsiapa yang menyia-nyiakan dunianya, niscaya ia akan 
kehilangan akhiratnya.



Anak-anak juga tidak lupa dengan semangat nak kesekolah dan macam2 impian.semoga impian anak-anak ummi akan terlaksana.amin.


salam sayang,

sebarang pertanyaan berkaitan dengan vitamin shaklee, boleh hubungi saya ditalian 0196550049.




0 comments:

Catat Ulasan