POPIA BASAH

Written By Siti Rozita Othman on Selasa, 21 Februari 2012 | 7:45 PG

Assalammualaikum .
Dari minggu lepas Aliah Maisarah ,anak sulong saya,dok sibuk suruh buat popia basah ni.siap tanya.."ummi, barang untuk buat popia basah tu ada tak.kalau beli mahal tak" tinggi bahasa anak ummi ni.."tak mahal pun, tp nak buat tu, leceh sikit."hmm.fikirkan anak nak makan.buatkan juga.lagipun suami pun suka makan juga..suami pun ada pg ni(kerja malam) mulalah operasi ke pasar beli barang2..tp saya dah pesan,.ummi boleh buat..tp janji kene tolong jaga adik Damia..Bukan main angguk budak berdua ni. dah macam upin ipin gayanya.hahaha



Bahan untuk kulitnya.
1/2 kilo tepung gandum
2 biji putih telur
secubit garam.
air secukupnya.(saya adun macam buat cakodok tu..ada faham ka)
campurkan semua dan biarkan dulu.sementara tu kita buat dia punya sos ok.

Bahan untuk sos
4 biji bawang besar
5 biji bawang putih
segenggam ikan bilis/udang kering(kalau ikut genggam saya, banyak lah kan,jd yg mana tangan kecik tu, lebihkanlah sikit.hihihi)
cili kisar dalam 2 senduk
asam jawa
garam dan gula
minyak untuk menumis.
(kisar semua bawang dan ikan bilis)

cara.
1.tumis bawang hingga naik bau.dan masukkan cili kisar dan ikan bilis kisar.
2. bila semua dah garing masukkan asam jawa,garam dan gula.biarkan pekat.
3. sambil tu kita sediakan dia punya ulaman pula ye.


1.timun,sengkuang cina,dan tauhu (semua ni kita racik halus2 macam nak buat tauhu sumbat tu)
2.kacang tanah yang di goreng (kisar kasar ye)
3.saya suka letak telur dadar juga.(racik halus juga)
bab racik meracik ni..en suami saya mesti buat punya.siap tanya.."apa abang boleh tolong".cepat sikit siap bila ada yang membantukan.ok semua bahan ni dah siap.tinggal nak gulung je .kita buat kulit popia nya pula.jomm..

Cara membuat kulit popia
1.ambil sejemput adunan tepung dan oles pada kuali panas.buat satu arah ye.buat dari luar ke dalam.angkat kuali bila  nak oles.elok guna kuali tak melekat tu.(saya guna kuali tefal)
2.sekejap je masak.sebab nipis kan.
3.bila semua kepingan kulit popia dah siap, bolehlah di gulung.letak sos dahulu kemudian bahan ulaman td ,kacang tanah kisar dan telur dadar ,lipatkan bahagian kanan dan kiri ke dalam.dan gulung dari bawah ke atas.

Ini resepi amat sesuai bagi saya yang tengah berdiet ni.lepas makan 2 ketul popia ni..saya terus amik lecithin 3 biji..
Jangan lupa jika ada pertanyaan mengenai vitamin Shaklee..boleh sms/hubungi saya
 di talian 019 655 0049 siti rozita

salam Sayang
UMMI DAMIA ALIAH

0 comments:

Catat Ulasan