Home » » Damia Syafiyyah

Damia Syafiyyah

Written By Siti Rozita Othman on Jumaat, 9 Mac 2012 | 9:14 PG

Assalammualaikum kawan-kawan
Hari ini Damia sudah genap setahun.Sudah ada gigi 3 batang, 2 lg sudah nampak nak tumbuh lg,sudah pandai berdiri sendiri, tak lama lagi nak berjalan lah tu.

Bila buka balik buku kesihatan Damia, ada sesuatu yang menarik ingin saya kongsikan.

KANAK-KANAK BELAJAR APA YANG MEREKA ALAMI

Jika kanak-kanak hidup dengan kritikan,
Mereka akan belajar mengutuk.
Jika kanak-kanak hidup dengan permusuhan,
Mereka akan belajar bertumbuk.
Jika kanak-kanak hidup dengan cemuhan,
Mereka akan belajar menjadi pemalu.
Jika kanak-kanak hidup dengan keaiban,
Mereka akan belajar mengaku bersalah.
Jika kanak-kanak hidup dengan toleransi,
Mereka akan belajar penyabar.
jika kanak-kanak hidup dengan dorongan,
Mereka akan belajar menjadi yakin.
Jika kanak-kanak hidup dengan sanjungan,
Mereka akan belajar menghargai.
Jika kanak-kanak hidup dengan saksama,
Mereka akan belajar menjadi adil.
Jika kanak-kanak hidup dengan kesejahteraan,
Mereka akan belajar menjadi setia.
Jika kanak-kanak hidup dengan kebenaran,
Mereka akan belajar menghargai diri mereka.
Jika kanak-kanak hidup dengan persamaan dan persahabatan,
Mereka akan belajar menemui kasih sayang di dunia.\
(dorothy Law Nolte)



berat damia 7.6..doktor kata, janji dia sihat dan aktif



Pagi tadi pergi klinik untuk enjet Damia untuk setahun, saje pergi masa dia tidur, jadi senang doktor nak enjet dia, lagipun dia tak rasa sakit.Berat damia bawah line.7.6 kg aje.Doktor kata patut ikut berat dia lahir x umur sekarang, berat dia kena 7.9 kg.Doktor kata , takpe janji dia aktif dan sihat.
senang hati saya, lagipun saya akan bagi damia Meal shakes selang sehari.doktor pun kata boleh.
Lepas tu kami terus ke Sekolah Rendah untuk daftarkan damia Sekolah .senang bila semua dah siap.lagipun sekolah ni terhad sikit bilangan pelajarnya.Pihak sekolah hanya ambil 2 kelas setiap tahun.sekolahnya pun kecil.





InsyaAllah semoga Damia dan Kakak-kakaknya menjadi anak yang solehah, berjaya dunia akhirat.amenn.




Salam Sayang,
UMMI DAMIA ALIAH

0 comments:

Catat Ulasan