Resepi Tosei

Written By Siti Rozita Othman on Sabtu, 3 Mac 2012 | 9:00 PG

Assalammualaikum.
Hari ni saya tetiba nak makan tosei pulak.lama betul tak buat.anak2 tak berapa suka sangat, sebab dia ada rasa masam-masamkan.tapi sesekali bolehlah makan.Tosei ni sedap makan dengan kelapa tu, tp malas lak nak buat.saya dan suami je , jd makan dengan kari jelah.


Bahan untuk tosei.
1 cawan uluntu
2 cawan beras

Cara-cara
1. Uluntu dan beras direndam semalaman.
2.Keesokan harinya,(pagi) kisar uluntu, beras dan nasi hingga halus
3.Kalau agak pekat, tambahkan air. ... (agak2 macam adunan untuk membuat apam)...ops..letakkan sedikit garam
4.Masukkan dalam bekas dan peram sampai petang (sekurang2nya 8 jam)

Cara memasak
1. Panaskan kuali leper (lagi elok non stik, sbb adunan ni melekat)
2.Kalau takde non stik, guna kuali leper biasa, tapi sebelum tu titiskan sedikit minyak masak, dan pecahkan sebiji telur. Kacau macam nk buat telur hancur
3.Goreng telur dan sebarkan ke seluruh permukaan kuali leper tu...
4.Angkat telur tadi, dan bungkus dalam kain (buat bunjut)Masukkan sedikit minyak dalam piring
*mulalah masak tosei
5.Celupkan bunjut telur dalam minyak dan ratakan pada kuali.
6.Ambil sesenduk adunan tosai dan buat bulat (ala..mcm buat kuih dadar tu ler....)
7.Tutup sebentar, hingga buih2 naik,
8.Bila dh garing, bolehlah dilipat 2 dan diangkat...... sedap makan panas2....

Tosei


Semenjak saya khawin dengan suami, lauk kari saya tak letak santan.macam kari mamak tu.tak kira ayam,ikan atau daging.mula2 memang rasa lain tp lama2 rasa lagi sedap kalau tak bubuh santan.hihihi
Kari puyuh 

Puyuh goreng berempah

0 comments:

Catat Ulasan