Home » » Mitos tentang penyusuan Susu IBU

Mitos tentang penyusuan Susu IBU

Written By Siti Rozita Othman on Sabtu, 26 Januari 2013 | 10:40 PTG

Dapatkan maklumat yang betul mengenai penyusuan susu ibu supaya anda dapat menentukan apakah yang terbaik untuk anda dan bayi. 
Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan

Penyusuan susu ibu merupakan topik hangat dan kebaikannya sering ditekankan di media. Namun begitu, mitos yang berleluasa mengenai penyusuan susu ibu. Salah tanggapan mengenai penyusuan susu ibu adalah berbahaya kerana ia mendorong anda membuat keputusan yang kurang wajar. Artikel ini memberi penjelasan yang sebenarnya kepada anda:

“Ramai wanita tidak menyusukan bayi dengan susu ibu dan anak mereka masih membesar dengan sihat!”
Ya, jika dilihat dari luaran sahaja…tetapi bayi yang tidak menyusu susu ibu sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit dan alergi seperti ekzema, rinitis alergik dan asma. Sesetengah kajian menunjukkan bayi yang tidak diberikan susu ibu lebih berisiko untuk mendapat diabetes dan obesiti apabila membesar kelak. 

“Payudara saya kecil. Rasanya mungkin tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi”
Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda.

“Tidak! Penyusuan susu ibu akan menyebabkan payudara saya kendur!”
Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur;ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal.

  “Tidakkah penyusuan susu ibu menyakitkan?”
Tidak. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.

“Penyusuan susu ibu menyusahkan!”
Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.

“Kenapa nak bersusah payah? Tambahan pula, saya akan kembali bekerja.”
Penyusuan ibu, walaupun beberapa minggu atau bulan, akan beri manfaat kepada bayi. Mula bekerja tidak bermaksud anda perlu menghentikan penyusuan susu ibu. Penjaga bayi boleh memberi susu ibu yang sudah diperah pada siang hari dan anda boleh menyusukannya sendiri pada waktu malam.

Tepuk dada, tanya selera. semua terletak di tangan kita, apa yg penting untuk diberikan kepada anak2 kita.
Pilihan saya , mestilah penyusuan susu ibu.kerana SUSU IBU adalah yang terbaik.

**Produk ini tidak bertujuan untuk diangnosis untuk merawat , mengurangkan,menghilangkan semua jenis penyakit
Sebarang pertanyaan mengenai Vitamin Shaklee dan pesanan anda boleh hubungi  


H/P   : 019 6550049 ~ Siti Rozita Othman
FB    : Ct Rozita Othman
Shaklee Independent Distributor : ID 866295
FB Page : Jom Hidup Sihat & Cantik
Pos Laju ke Seluruh Malaysia.

Salam Sayang
UMMI DAMIA ALIAH

0 comments:

Catat Ulasan