Home » » Bukan saja Sihat & Cantik..malah income juga masyuk..

Bukan saja Sihat & Cantik..malah income juga masyuk..

Written By Siti Rozita Othman on Ahad, 3 Februari 2013 | 12:30 PG

Adalah sesuatu yang tidak berapa bagus dan adil seandainya kita dianugerahkan sesuatu yang memberikan kebaikan dan kemudiannya kita tidak berkongsi dengan orang lain..Wah!!! abang haji menulis lagi..hihihi
Berfikir-fikir apa yang hendak diceritakan , kemudiannya dengan pendekatan yang sama , capai kertas dan pen, cakar...
Saya akan kongsikan apa sahaja yang terlintas dalam benak fikiran saya,kita tengok macam mana aura positif saya kali ni.Dah berkali2 duduk dengan ita bertanya macammana progres bisnes Shaklee, ada tak masalah2 yang dirasakan berat sangat, dan tentu sekali pertanyaan tentang RM (bonus dari shaklee) , ita bagus, tak lah terlonjak2 menunjukkan kegembiraan , walaupun sepatutnya suka sangat sebab income mula stabil bila naik supervisor tahun lepas.Manakan boleh nak dibandingkan dengan bonus mak-nenek dan moyang nya yang lebih lagi tinggi,hebat betul mereka ni.Perjalanan menjana side income dengan shaklee nampaknya sangat mengujakan, isteri saya surirumah sepenuh masa dan berjaya mendapat duit poketnya sendiri malah lebih lagi.Itu pun perkara yang amat menyukakan saya , manakan tidak dengan urusan rumah , makan minum pakai kami anak beranak berjaga , dengan mengandung dapat lagi pergi balik hantar anak2 kesekolah dan yakinlah saya shaklee sebagai satu sebab memberi lebih kepada keluarga kami, bukan sahaja dari kesihatan yang bertambah baik, malah dari segi kewangan juga,
so, dengan anugerah daripada Allah ni, sepatutnya kami kena tambah bersyukur, Jadinya bertambah Sihat & Cantik lah kak ita engkau...(puji melangit)
saya menulis dari hati, niatnya hanya untuk datang kebaikan.itu saja.Kalau ada satu dua patah perkataan boleh gembirakan hati kita, itupun sangat besar makna nya.satu dua perkataan itu seperti 2, 3 biji benih yang baik, jatuh saja di atas bumi bertuah tu, pasti jadi pokok yang hebat buahnya satu hari nanti.Manfaatnya pelbagai, makhluk lain dapat kongsi faedahnya.
Jadi usaha nak tak nak , kena di jalankan, Cari lagi,kongsi lagi akan kebaikan yang ada dalam bisnes shaklee.maksudnya kita sendiri dah tahu apa yang harus di buat selepas ni, coaching yang hebat.Tak payah disuruh, kita tahu jalannya.ini self improvement namanya.
Saya tengok perubahan yg berlaku,walaupun bahasa inggeris masih menjadi sedikit masalah tetapi self confident didlm penggunaan komputer marvelous,semakin menjadi2 baiknya.ok lah ingat berhenti disini dulu lain kali jumpa lagi,dan pd sesiapa yang pakar nak mengkomen dipersilakan,tapi jgn menghina sangat sudahlah ..^__^ .ok chow dulu.

Abang Haji

0 comments:

Catat Ulasan