Home » » Pertumbuhan Bayi Susu Ibu

Pertumbuhan Bayi Susu Ibu

Written By Siti Rozita Othman on Selasa, 26 Mac 2013 | 11:12 PG

Pertumbuhan Bayi Susu Ibu
----------------------------------------
Bayi yang menyusu susu ibu cenderung untuk kelihatan kecil yang mana lebih sihat terutamanya untuk jangka masa panjang.

Bayi yang panjang dan kecil (bayi pisang) adalah hypermetabolizer. Mereka membakar kalori lebih cepat daripada bayi yang berisi (bayi epal dan bayi pear). Bayi pisang membesar lebih cepat dari segi ketinggian berbanding berat. Bayi epal dan pear menunjukkan corak bertentangan.

Bayi yang bersifat santai cenderung untuk membakar kurang kalori dan mengalami kenaikan berat badan yang cepat. Bayi yang aktif secara berterusan pula selalu membakar lebih kalori dan cenderung bersaiz kecil.

Bayi yang menyusu tanpa had cenderung membesar lebih pantas. Begitu juga dengan bayi yang tidur di sisi ibunya dan menyusu tanpa had di waktu malam cenderung membesar lebih pantas. Bayi yand disusukan mengikut jadual dan dipaksa tidur sepanjang malam akan menunjukkan perkembangan yang tertangguh.

Bayi yang menyusu susu ibu mengambil kalori dan amaun susu yang sedikit berbanding bayi yang disusukan dengan susu formula. Ini menunjukkan bayi susu ibu memiliki kemampuan menakjubkan untuk mengawal sendiri pengambilan kalori berdasarkan keperluannya. Kebolehan ini menunjukkan jumlah susu yang bayi ambil berkemungkinan menjadi penyebab bayi susu ibu kurang mengalami masalah obesiti di kemudian hari.

(Source : Majalah Pa&Ma)



0 comments:

Catat Ulasan