Home » » TIPS ATASI MASALAH TIDUR KETIKA HAMIL

TIPS ATASI MASALAH TIDUR KETIKA HAMIL

Written By Siti Rozita Othman on Sabtu, 13 April 2013 | 9:55 PG

1.Posisi tidur mengiring ke kiri
Usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam memandangkan posisi terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri.

2.Mandi air suam.
Mandi dengan air suam sebelum anda tidur. Rasa segar yang bangkit akan memudahkan anda lena.

3.Elak makan terlalu banyak sebelum tidur.
Walaupun ketika sudah tiba masa untuk tidur anda mungkin kerap berasa lapar. Untuk itu, hindari daripada makan terlalu banyak. Anda boleh mengambil makanan ringan yang lebih berkhasiat.

4.Minum susu suam
Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur nyenyak.

5.Amalan tarik nafas.
Bagi membantu mengurangkan ketegangan otot dan membantu anda untuk tidur lebih baik adalah dengan latihan menarik nafas yang teratur.Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukannya dalam ulangan 10 kali.

6.Bersenam.
Bagi mengurangkan masalah kekejangan kaki adalah dengan senaman yang dilakukan secara teratur. Tidak digalakkan untuk anda bersenam beberapa jam sebelum tidur kerana endorfin dan adrenalin yang dirembeskan akan membuat mata anda kekal berjaga.

7.Bantal yang menyangga.
Sangga perut mahupun pinggang dengan bantal bersesuaian. Ia bagi membantu menyelaras pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur

8.Suhu bilik.
Tidur anda terganggu oleh sensasi panas yang kerap dialami di penghujung kehamilan jadi pastikan suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, pastikan aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar agar tidak menimbulkan kepanasan melampau.

9.Katil yang selesa
Jika anda yang mula mengalami masalah tidur terutamanya di penghujung usia kehamilan perlulah memastikan keadaan katil yang selesa tentu sahaja dapat menimbulkan keselesaan. Pastikan tilam yang digunakan berkualiti baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Ia bagi membantu anda tidur denga lena tanpa perlu risau dengan komplikasi lain yang timbul akibat penggunaan katil yang kurang baik.

10.Rutin tidur
Setiap kali sebelum tidur biasakan diri untuk melakukan rutin menenangkan. Contohya seperti mandi menggunakan air suam diikuti mendandan diri dengan menyapu pelembap di bahagian tubuh yang bermasalah kering ketika hamil ini dan selanjutnya membaca bahan bacaan ringan sebelum melelapkan mata. Ini kerana minda akan diselaraskan untuk mengetahui rutin ini merupakan petunjuk bahawa sudah tiba masanya untuk tidur.

11.Pakaian tidur
Baju tidur yang disarungkkan juga turut memainkan peranan penting. Pakai baju tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik. Ini kerana pakaian yang tidak bersesuaian mungkin akan menyebabkan sensasi panas yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan mengganggu tidur anda.

12.Suasana bilik tidur.
Keadaan bilik yang tenang dan nyaman pasti mengundang mood anda yang keletihan seharian untuk tidur dengan nyenyak. Anda boleh mewujudkan suasana sebegini dengan memastikan bilik sentiasa berkeadaan kemas, menggunakan lampu malap selain menyembur wangian atau minyak aromaterapi yang mampu meninggalkan aroma segar sepanjang anda tidur.

•Tidur pada siang hari selama satu jam dapat meningkatkan kualiti tidur sepanjang kehamilan.



  Sepanjang kehamilan saya mengamalkan makan ostematrix shaklee.sebelum tidur , saya makan 4 biji dan hasilnya saya dapat tidur dengan selesa, tiada lagi lenguh2 dan kejang kaki dan yang penting tiada lagi sembelit.
  

Sebarang pertanyaan mengenai Vitamin Shaklee, anda boleh hubungi  


H/P   : 019 6550049 ~ Siti Rozita Othman
FB    : Ct Rozita Othman

Shaklee Independent Distributor : ID 866295

FB Page : Jom Hidup Sihat & Cantik
Pos Laju ke Seluruh Malaysia.
COD : Cheng,Bukit Rambai dan Tanjung Minyak Melaka.


Salam Sayang
UMMI DAMIA ALIAH


0 comments:

Catat Ulasan