Home » » Sedikit coretan kelahiran puteri ke 4 saya (Damia Husna bte Hj Azizan)

Sedikit coretan kelahiran puteri ke 4 saya (Damia Husna bte Hj Azizan)

Written By Siti Rozita Othman on Khamis, 30 Mei 2013 | 7:35 PTG

Assalammualaikum....

Dalam pada takde2 anak dulu..hah sekarang.. alhamdulillah , 4 orang sudah. Heboh nak rancang2 lak sekarang ye..

Mengimbau masa saya berumur 20 tahun dulu, ramai makcik2 duk menanya saya bila nak khawin, padahal masa tu,  bau nak rasa pi jalan2 dgn kawan..tak lama lepas tu saya pun bertemu jodoh dgn suami saya.

Bila dah khawin ni, soalan dah lain lak..bila nak timang cahaya mata lak..
macam-macam usaha kami lakukan termasuk rawatan tradisional dan moden.selang 5 tahun saya di sahkan mengandung..Alhmdulillah..sudah 4 orang puteri.Aliah Maisarah (10 tahun), Aliah Yusairah (9 tahun), Damia Syafiyyah 2 1/2 tahun Damia Husna (20 hari.)

Eh ingatkan dah berhenti org menanya ni..sekarang lak soalannya..bila nak dapat lelaki ni..cuba lagi sampai dpt lelaki..hamboi..senang nye cakap kan.semuaa ni urusan Allah.apa yang diberi saya bersyukur, tambah semua anak saya dalam keadaan sempurna dan sihat.kami doakan anak2 saya jadi hafizah dan berjaya dunia akhirat.

Bak kata suami saya, jgn dilayan dengan soalan2 atas dunia ni, soalan2 kat dalam kubur tu kita kene beratkan dulu..betul juga tu kan.hargailah apa yg kita dah ada.

saya nak ceritakan sikit tentang kelahiran anak ke 4 saya ni. memang terasa mudah. tak lama pun saya kan labour room tu. Pagi 8hb mei 2013 (10 am) .memang saya ada mula rasa sakit sikit2..tapi tak de kuar tanda lagi.jadi saya pergi ke Hospital mahkota untuk jumpa dgn doc saya.tak sangka lak doc kata saya dah nak bersalin hari tu. bukaan sudah 4 cm. saya terus diarahkan ke bilik bersalin.sebelum tu , semasa proses pembayaran, sempat saya, suami, adik ipar  dan damia minum di kantin mmc.saya hanya mampu minum segelas milo panas.tak selera nak menjamah roti kerana sakit2.takut pun ada.lagipun perut masih kenyang sebab saya dah sarapan esp+meal shake dirumah tadi.

  Setelah selesai pembayaran hospital dan minum , saya dan suami terus di bawa ke bilik bersalin. damia syafiyyah duduk bersama makngah nya. alhamdulillah, suami saya ada menemani ketika itu .jam menunjukkan 11.30 pagi.doc pecahkan air ketumban dan sakit bersalin mula kerap saya rasai.sepanjang masa sakit, mulut saya tak henti berzikir, salawat dan membaca surah alfatihah dn surah al Kausar.Suami juga sama selawat dan memberi semangat pada saya.

  Alhamdulilah tepat jam 1.54 petang,dengan sekali teran, saya selamat melahirkan baby perempuan , 2.8 kg .cukup sifat dan comel sangat macam ummi dia.Nurse kata uri saya cantik dan besar dan untung baby saya cukup makan dalam perut. Dalam hati saya, alhamdulillah..mungkin vitamin2 shaklee yang saya makan masa saya mengandung agaknya.

Selepas beberapa jam bersalin. damia sibuk nak cium adik.


Damia Husna Bte Hj Azizan

sedap je suami sarapan nasi lemak hospital bagi
.ibu dlm pantang boleh makan nasi lemak ke..hmm


best bau baby kan ..



Mengandung dengan set Vitamin shaklee memang buatkan saya rasa sihat.cergas dan baby pun turut sihat dan comel.Dalam pantang pun semestinya dengan set Vitamn jugalah..tak de  nak beli jamu dah.nanti saya kongsikan dgn kawan2 pengalaman berpantang dengan vitamin shaklee ye..
Alhamdulillah ,Yang penting susu sangat banyak sampaikan Damia syafiyyah pun kongsi dengan adiknya.

sesiapa yang nak tahu vitamin apa yang saya makan untuk mengandung, ketika mengandung dan dalam pantang..jangan malu2 untuk hubungi saya ye ...


H/P   : 019 6550049 ~ Siti Rozita Othman
FB    : Ct Rozita Othman
Shaklee Independent Distributor : ID 866295
FB Page : Jom Hidup Sihat & Cantik
Pos Laju ke Seluruh Malaysia.
COD : Cheng,Bukit Rambai dan Tanjung Minyak Melaka.

Salam Sayang
UMMI DAMIA ALIAH

0 comments:

Catat Ulasan