Kutu Oh kutu.....

Written By Siti Rozita Othman on Isnin, 25 Ogos 2014 | 6:00 PG

Assalamualaikum....

Pernah dengar pasal kutu.Sejenis parasit yang biasa ada pada rambut yang tidak dijaga dengan baik.
Kutu akan beranak pinak dan menyebabkan kegatalan pada seseorang yang dihinggapi.Tetapi saya bukan nak bercakap mengenai kutu itu.

Saya hendak bercerita mengenai kutu yang biasa di buat oleh makcik makcik di kampung dahulu yang menjadi cara mereka mendapat duit yang banyak dengan cara membayar setiap bilangan orang yang terlibat sehingga kesemua mereka dapat bayaran daripada ahli ahli mereka yang terlibat.Selalunya akan ada seorang collector yang menjadi ketua kepada mereka.

Mereka akan bermain dalam bilangan ahli beberapa orang dan selalunya tidak melibatkan ahli yang terlalu ramai.Bayaran akan dibuat dalam setiap minggu atau bulan.Akan ada peserta yang mendapat duit yang terkumpul.Mengikut apa yang mereka persetujui sebelum itu.Akhirnya setiap mereka akan mendapat nilai yang sama seperti ahli yang lain mendapat bahagian mereka.

Ringkasnya perbuatan mereka itu dinamakan sebagai main kutu.Walaupun aktiviti ini semakin dilupakan tetapi masih ada juga yang melakukan.Ada baik dan buruk aktiviti ini.Kalau dapat duit oklah.Kalau tak dapat tentu tak ok.Tambahan pula aktiviti ini berdasarkan kepercayaan antara individu yang terlibat semata mata.

Dengan perjanjian mulut dan atas dasar percaya mereka sebenarnya membina hubungan yang lebih terbuka dengan ahli yang terlibat.Mengambil inisiatif supaya hubungan menjadi bertambah akrab.Dr Nurul seorang ahli yang aktif bersama Sinergi MuslimahTerhebat mencadangkan permainan ini.Dengan 6 orang yang terlibat secara suka suka kami bermain kutu seorang RM100/bulan.

Maknanya jadiah kami generasi baharu yang menghidupkan amalan makcik makcik di kampung dahulu.Oklah lepas ni mungkin boleh buat aktiviti yang lain pula.Nanti akan cuba difikirkan.
Sehingga bertemu kembali.

TQVM.Assalamualaikum....    





0 comments:

Catat Ulasan