Cara Kuruskan Badan Dengan Pantas.

Written By Siti Rozita Othman on Ahad, 14 September 2014 | 9:03 PG

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Cara kuruskan Badan Dengan Pantas.


Pada kali ini akak ingin berkongsi beberapa cara bagaimana untuk kurus dengan pantas.Maklumlah sekarang ini ni kan akak blog ke sana,blog ke sini.Facebook ke sana,facebook ke sini.Jumpa yang kat sana jumpa yang kat sini.Banyak mendengar dan bercerita mengenai bab bab kesihatan.
Jadinya barang tentulah bab macamana berdiet kurus  ada dalam cerita cerita yang banyak tersebut.Mula mula memang akak rimas....mana tidak,akak ni jenis badan besar,akak berfikir boleh ke masuk nak bercerita tentang kurus ini.Tetapi alhamdulillah sekarang ini akak tak rasa susah pun untuk berkongsi maklumat.Sebabnya akak positif. 

Menjaga Pemakanan.

Yang sebetulnya akak yang terlampau merendah diri. Akak macam tak sedar apa akak tengah buat termasuk dalam tip tip atau cara yang betul sebagaimana yang pakar cakapkan pun..Cuma masa  dan disiplin sahaja akan menentukan sama ada akak akan dapat atau tidak untuk kuruskan badan dengan cara yang pantas ini.
Perkara pertama dan sangat penting adalah bagaimana kita menjaga pemakanan kita.Adakah kita makan dengan piramid makanan yang betul atau kita tak mengikut piramid makanan.Adakah kalori yang diambil pada kadar yang betul atau  apa yang selalu terjadi ialah kita akan makan lebih dari apa yang sepatutnya menyebabkan makanan tersebut tersimpan sebagai lemak yang akan menggemukkan kita.Kalau bercerita mengenai makanan dan pemakanan tak ada cara lain melainkan disiplin untuk memperolehinya.Kena bertukar tabiat yang tidak baik kepada yang baik.Bukan senang nak buat ramai yang gagal dari berjaya.Yang berjaya ala ala yo yo pun ramai.Jadi kena cari cara.Untuk dikekalkan.
kurus cepat dengan shaklee

Senaman dan rehat.

Perkara kedua yang kena buat untuk dapatkan kurus dengan cepat ini adalah senaman dan rehat yang konsisten.Kenapa?Apabila kita menjalankan aktiviti yang mengeluarkan peluh kita akan menyebabakan jantung bekerja dengan lebih kuat.Hasilnya darah kita akan mengalirkan oksigen dan nutrien keseluruh tubuh dengan lebih berkesan.Selain itu secara alaminya kita akan meningkatkan keupayaan fleksibiliti dan mengendurkan otot otot yang ketat.Hormon endorphin juga dirembeskan menyebabkan kita berasa seronok dan lega.Cuba ingat balik bila kali terakhir kita berseronok dengan aktiviti fizikal.Dah tahu pun riadah ni bagus,jadi kenalah tukar tabiat kita dari malas kepada rajin beriadah.Lain lah kalau kerja kita aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh.Pun begitu senaman bukan setakat aktiviti mengeluarkan peluh sahaja.Secara asasnya senaman adalah aktiviti yang melibatkan aktiviti keseimbangan,stamina juga pergerakan.Kena tahu untuk hasil yang berkesan.Dan kena buat dengan cara yang betul untuk elakkan kecederaan.Sudah pasti dapatkan juga rehat yang cukup.
kurus badan dengan cepat

Makanan tambahan.

Sekarang ini banyak syarikat yang claim produk mereka sangat berkesan.Selain diragui status halal Jakim,produk yang tidak sah Kementerian kesihatan juga banyak dalam pasaran.Tiada jaminan selamat 100 peratus tanpa kajian saintifik untuk keberkesanan produk adalah kelemahan produk produk yang banyak dalam pasaran sekarang ini.Akak mulakan dengan mukadimah biar jelas.Shaklee bebas dari semua masalah tersebut insyaallah.Sebut sahaja apa produknya semua dalam kajian dan ada dalam jurnal perubatan. Akak makan produk jenama shaklee sebagai makanan tambahan untuk kesihatan.Sebabnya akak yakin itu sahaja.Selepas sekian lama makan produk ini untuk kesihatan dan nampak hasilnya.Sekarang akak mula gatal nak kuruskan badan pula.Tu pasal akak confident untuk claim yangmakanan tambahanproduk shaklee boleh kurus dengan cepat.Walaupun adatestimoni tetapi orang lain punya.Kali ini nak claim yang akak punya pula.Iyalah umur dah hujung 30an.Kenalah jaga penampilan.Bukannya apa nak ikat encik suami biar tak terpandang yang lain.Tapi akak yakin abang engkau ok.Untuk makluman shaklee ada pelbagai produk untuk tujuan yang berbeza.

Set bajet shaklee

Oklah sidang pembaca yang budiman 3 cara yang akak terangkan diatas adalah permulaan awal untuk dapatkan kurus secara cepat.Jadi cubalah.Mudah mudahan kita dapat mulakan dan sukses untuk dapatkan impian kurus yang diingini.Jumpa lagi dilain kesempatan. sila kongsikan dengan kawan-kawan sekiranya info ini  menarik pada semua.                                                                            

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya
019 655 0049 Siti Rozita Othman
SID Melaka,  Seluruh Malaysia dan Indonesia


Salam Sayang
Ummi Damia Aliah


0 comments:

Catat Ulasan