Motivasi bagaimana untuk berjaya......

Written By Siti Rozita Othman on Jumaat, 12 September 2014 | 3:24 PTG

Assalamualaikum.....

Sidang pembaca yang berbahagia thank you sebab sampai ke halaman ummisihatcantik.com.Blog akak yang mesra pembaca.Kisah akak dengan aktiviti seharian.Kisah akak dengan aktiviti bershaklee membawa pembaca menerobos fikiran kita ke destinasi menarik.Insyaallah membuka minda memberi kebaikan.

Sekarang ini tugas online untuk bershaklee semakin bertambah tetapi akak ok.Pun begitu yang terasa berat sikit bagaimana nak mengurus masa.Walaupun tak keluar dari 4 dinding rumah kesayangan akak ini tetapi fikiran akak jauh sehingga keluar negeri.Teringat bagaimana susah payah downline akak nak bermula dan berjaya kongsikan peluang dan kebaikan produk shaklee untuk naikkan rank mereka.

Mereka yang punya keinginan yang kuat tetapi terbatas dengan berbagai halangan.Pun begitu mereka kena  tetap dengan prinsip untuk mencapai kejayaan.Abah akak pernah cakap bukan senang nak senang dan bukan susah kalau nak susah.Walau bagaimana susah pun jika berkehendak akan terbuka jalan.Bukan semua benda kita dapat kawal.Ada perkara diluar kawalan jadi kena bersabar.Usahalah yang mana dapat kita usahakan.Akan dimudahkan urusan kita.

Berkali kali cerita mereka yang berjaya kita dengar.Dan kali ni dalam ummisihatcantik.com akan diulang bicara juga perkara ini.Sekarang adalah masa kita pula untuk merasai perkara yang sama.Bagaimana ada masanya kita kena bersusah payah dan bagaimana lazatnya nanti bila kita merasai nikmat nilai setiap hasil yang kita usahakan.Selalunya nikmat berjaya bukan sahaja pada apa yang kita perolehi tetapi bagaimana kita memperolehi perkara tersebut.

Pencapaian kita nilainya jika dibandingkan dengan pencapaian orang lain mungkin tidak seberapa tetapi susah payah kita yang memberi makna besar atas pencapaian tersebut.Inilah perkara yang kadang kadang kita terlupa sehingga kita tak sanggup berusaha lagi.Teruskan sehingga kita perolehi maksud atau kehendak yang telah kita matlamatkan.Jatuh dan bangkit kembali.Jangan mengalah.Selagi ada daya usahakan dengan apa sahaja cara.

Dari ulat jadi kepompong.Tinggal diam dalam kelongsong.Sampai masa kepompong pecah....jadilah rama rama yang indah.Lebih kurang begitu lagu yang dinyanyikan oleh anak anak TBK Kemas sebelah rumah 4-5 tahun dahulu.Sekarang ni dah tutup kerana berpindah ke rumah lebih besar.Dan memang betul pun kena bersabar untuk melihat sesuatu kejayaan berhasil.

Bila berjaya jangan lupa setkan lagi pencapaian lebih besar.Dan jangan lupa bersyukur disamping menikmati kejayaan yang telah kita perolehi.Jangan sesekali bongkak dan sebagainya kerana itu sifat tercela.Bantu pula orang lain untuk berjaya.Proses ini jangan berhenti,Rehat ada masanya.Bukan sepanjang masa berehat.

Sebab itu akak suka bershaklee.Banyak pelajaran akak dapat selain membantu dapatkan kesihatan yang optimum pada diri kita melalui supplement semulajadi..Sekarang ini ramai yang tak jaga kesihatan dengan betul.Bila dah berpenyakit baru tersedar.Baru tahu nilai nikmat kesihatan.Pun begitu belum terlambat untuk berusaha.Shaklee ada produk yang boleh membantu.Sehinggakan kardiovaskular,darah tinggi dan kencing manis antara penyakit yang boleh dibantu.Memang bukan menyembuhkan tetapi membantu untuk proses memprolongkan penyakit tersebut daripada terus membahayakan pesakit.

Pun begitu dapatkan penjelasan dan pencerahan dahulu sebelum bermula.Dan pada yang nak cantik.Macam akak ni.Boleh akak bantu.Pada semua hello hello nanti akak consume.Tak semesti kena beli,dengar dulu kita pasti akan jadi kawan.Akak ada banyak knowledge nak dikongsi pasal supplement shaklee.OK sampai disini dahulu.

Akak gembira dapat menulis.Semoga ada sesuatu bermanafaat dipenulisan akak ini.Nanti dilain ketika kita sembang sembang lagi.


Sebarang pertanyaa sila hubungi saya
019 655 0049 Siti Rozita Othman
SID Melaka,  Seluruh Malaysia dan Indonesia


Salam Sayang
Ummi Damia Aliah

    



0 comments:

Catat Ulasan