Home » » Petua Hilangkan Batuk Ketika Hamil Tanpa Rasa Mengantuk.

Petua Hilangkan Batuk Ketika Hamil Tanpa Rasa Mengantuk.

Written By Siti Rozita Othman on Rabu, 4 Mac 2015 | 8:59 PTG

Petua Hilangkan Batuk Ketika Hamil Tanpa Rasa Mengantuk.

Assalammualaikum sahabat yang saya hormati sekalian. Hari ni saya ingin kongsikan pengalaman saya batuk ketika hamil . Mengandung anak yang sebelum ni tak pernah alami batuk selesema ni. Masuk anak yang ke 5 ni baru merasa batuk dan selesema. Memang kejap baik kemudian  datang balik Batuknya. Lebih sebulan rasanya . Dengan perut yang makin membesar dan agak sukar untuk saya tidur pada waktu malam.

2 botol ubat batuk dan antibiotik berlainan jenis telah saya makan . Tapi hasilnya sama juga. tak baik seperti yang saya harapkan.

Ubat Batuk Yang Berkesan Tanpa Mengantuk.

Akhirnya saya makan madu dan lemon setiap pagi dan malam untuk ikhtiar seterusnya.Ada juga mak sedara bagi petua makan kicap sesudu. Tapi tak rasa nak mencuba pula. kalau kicap makan dengan nasi panas. Sedap juga kan. Tapi kalau makan sesudu macam tu, tak tertelan rasanya. Jadi jalan terbaik saya pilih madu asli yang saya beli dari kawan yang tinggal di Seri Manjung Perak .


Berhati hati ye untuk memilih madu asli yang berada di pasaran. nak mengenal bahawa madu itu asli atau tidak jika dimasukkan di dalam air suam , madu tersebut tidak mudah larut dalam air tersebut melainkan kalau kita kacau .

Selain mengamalkan sesudu besar madu campur dengan air suam ,  saya turut makan vitamin Shaklee. vitamin yang saya amik setiap hari ketika batuk adalah garlic , Vitamin C , Performance Drink dan Omega.

Garlic dan vitamin C untuk menguatkan sistem dalam badan saya , Performance Drink untuk bagi saya tenaga dan rasa air performance sangat sedap. omega untuk cairkan kahak dan bagus untuk otak bayi dalam kandungan saya.

Saya nak kongsikan video tentang omega kepada kawan kawan semua. Tengok sampai habis tau.


Omega Guard Shaklee - Ibu Hamil/Menyusu, Kanak2, Pesakit from iReach HD on Vimeo.

Omega Guard Shaklee saya makan dari 4 bulan kehamilan. Selain bagus untuk perkembangan otak bayi kandungan dan Mencairkan kahak. Omega turut bagus untuk sakit sendi dan mengurangkan selera makan.Jadi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan berlebihan dan sering sakit sendi bolehlah mencuba Omega Guard Shaklee. Pasti puas hati.

Omega guard sesuai untuk semua peringkat umur. Anak saya semua makan omega. Dari yang sulong darjah 6 hingga yang no 4 ni. Umurnya masuk 2 tahun. Dan yang seronok nya damia husna 2 tahun dan damia syafiyyah 4 tahun pantang jumpa omega . Mesti nak makan. Kunyah aje tau.

Harini seronok saya bercerita pengalaman saya mengenai batuk dengan madu dan produk shaklee. lepas ni saya nak kongsikan mengenai kebaikan susu soya Esp yang kebetulan tengah promosi pada bulan mac 2015 ni. Pasti kawan kawan ingin tau kan. Baiklah saya akan kongsikan pada entry berikutnya.

Sementara itu jika inginkan vitamin shaklee sila hubungi saya ye.

019 655 0049 Siti Rozita Othman
SID Melaka,  Seluruh Malaysia dan Indonesia
COD : bukit rambai, sungai udang dan Cheng
Pos : Seluruh Malaysia

Salam Sayang
Ummi Damia Aliah


2 comments:

Catat Ulasan