Home » » Rahsia Bagaimana Anak Rasa Seronok Dengan Tanggungjawab Mereka.

Rahsia Bagaimana Anak Rasa Seronok Dengan Tanggungjawab Mereka.

Written By Siti Rozita Othman on Ahad, 12 April 2015 | 11:12 PG

Rahsia Bagaimana Anak Rasa Seronok Dengan Tanggungjawab Mereka.


Assalamualaikum...
Bertemu lagi kita dan syukur alhamdulillah dapat lagi bercerita semoga bermanafaat dipertemuan begini.Kali ini saya ingin berkongsi Rahsia Bagaimana anak-anak seronok dengan tanggungjawab mereka.


Alhamdulilllah.... selalunya bagi mereka yang sudah berumahtangga dikurniakan anak-anak, tentulah besar harapan semoga anak-anak menjadi orang orang yang berguna suatu masa kelak. Untuk mendapatkan anak-anak yang bertanggungjawab perlukan kesabaran untuk membentuk mereka.

Anak-anak adalah amanah Allah kepada kita maka perlulah kita menjaga mereka,melatih tabiat-tabiat yang baik kepada mereka seperti menghormati orang tua dan memahami perasaan orang lain. Sudah semestilah kita tidak boleh mengikut apa sahaja kehendak mereka seperti menonton tv,bermain video game atau apa sahaja yang mereka ingin lakukan yang akhirnya menyebabkan perkara yang tidak baik kepada mereka.

Menuruti kehendak mereka atau mengawal secara paksa boleh menjadi isu tetapi bagaimana kita mahu mewujudkan sikap berdisiplin, bertanggungjawab dan dapat memilih yang baik dari yang buruk supaya mereka membesar dengan tingkah laku yang baik.

Disinilah peranan ibubapa atau penjaga untuk mendidik dengan sabar dan hikmah.Katalah untuk mendisiplinkan anak anak supaya menjaga kebersihan bilik mereka.Cabarannya bagaimana untuk  wujudkan sifat positif pada diri mereka supaya mereka membersihkan  bilik mereka dengan tidak perlu disuruh atau dipaksa.

Sebaliknya pula bebelan dan ugutan akan menyebabkan anak anak ini mengikut kemahuan ibu bapa mereka tetapi bukanlah dari kehendak mereka sendiri.Ini satu bentuk hubungan yang tidak harmoni untuk anak anak.Rahsia Bagaimana Anak Rasa Seronok Dengan Tanggungjawab Mereka bergantung kepada kesediaan ibubapa untuk menunjukkan cara kepada anak anak mereka untuk berkelakuan baik maknanya ibubapa adalah contoh kepada anak anak.

Jadi perlulah kita untuk bersikap baik dan tetap bersabar, mudah-mudahan dikurniakan anak anak yang bertanggungjawab dalam kehidupan mereka. Ok jumpa lagi dilain kesempatan, terima kasih kerana membaca dan sila komen di bawah ye.TQVM.

Wassalam,
UmmiDamiaAliah

0 comments:

Catat Ulasan