Home » » 10 Tips Yang Harus Di Ikuti Ketika Berpantang Sendiri

10 Tips Yang Harus Di Ikuti Ketika Berpantang Sendiri

Written By Siti Rozita Othman on Khamis, 2 Julai 2015 | 11:49 PTG

10 Tips Yang Harus Di Ikuti Ketika Berpantang Sendiri

Assalammualaikum sahabatku sekalian. Hamboi huzaifah dah masuk 4 bulan baru nak share pasal tip berpantang ye. Sebenarnya entry ni dah separuh siap. Tapi masa yang suka bertangguh menguasai diri. Jadi baru hari ni siap sepenuhnya. Tak pelah kan janji sampai maksud nya.

Saya mula berpantang sendiri di rumah dari anak yang sulong lagi. Adalah duduk 5 hari di kampung. Tapi masa tu Anak lahir 1.25 kg. Jadi kena ulang alik hantar susu. saya putuskan lepas berurut saya nak balik rumah sendiri. Tapi ibu akan selalu bertanyakan khabar saya dan ingatkan apa yang boleh dan tak boleh.

Dalam berpantang banyak perkara harus kita ikuti. Ingat lagi pesan ibu. Jaga diri dari muda ni. Nanti bila dah tua nanti datang sakit sendi dan berangin bagai. Sekarang ni tak yah tunggu dah tua . Awal 30an pun dah rasa sakit2 badan dan leguh lenguh ni.betul tak.

1. BERURUT
Dalam pantang perkara yang penting adalah berurut 1 badan. Selalunya mak bidan akan mula berurut pada hari ke 3 kerana badan masa tu dah pulih sedikit jadi baru boleh urut pelan pelan. Fungsi berurut ni adalah untuk pulihkan kembali badan dan lembutkan urat yang tegang .juga untuk buang angin dalam badan.Saya akan berurut pada waktu pagi selepas mandi dan kalau boleh masa tu kita hanya minum air suam dulu. Jangan perut penuh ye.

2. BERTUNGKU
Lepas berurut mak andam akan mula bertungku selama sejam. bertungku Satu badan juga. Sedapnya masa bertungku ni sampai boleh terlelap tau. Walaupun panas tapi syok . Yang penting kawasan tengah perut jangan bertungku ye. FUNGSI bertungku untuk lembutkan saraf . Buang angin dan lancarkan peredaran darah.


3. BERTANGAS
Bertangas dilakukan lepas bertungku. Memang panas lah kan. Fungsinya untuk cepat pulihkan luka jahitan dan lancarkan peredaran darah.

4. MANDI AIR REBUSAN DAUN SERAI DAN REMPAH
Air mandian ni kena didihkan selama sejam . Memang wangi dan segar selepas mandi. sekarang pun rasa nak mandi dengan air rebusan ni,


5. PAKAI BARUT
Memang wajiblah pakai barut . Untuk tegapkan badan kita untuk bergerak dan yang penting boleh membantu kempiskan perut.

6. JAGA PEMAKANAN DAN MINUM AIR PANAS
Masa saya dalam pantang , saya hanya makan ikan tenggiri dan ikan parang sahaja.ayam dan daging seminggu 2 x. ikan berbisa macam ikan pari. Ikan keli dan ikan duri memang tak de dalam list. Sampai 2 bulan tak boleh makan. Buah dan sayur yang beransur sejuk macam bayam. Kobis labu saya tak makan. Pendek kata kalau nak.berdiet time ni.lah yang sangat sesuai . Memang banyak kena pantang .

7. JANGAN ANGKAT BARANG BERAT
pantang besar ibu dalam pantang kita angkat berang berat. Kata orang tua boleh turun peranakan. Mana kan tidak . Rahim kita belum cukup kuat lagi. Jadi jangan amik risiko ye. Duduk aje diam diam melayan baby . nak apa apa minta tolong sesiapa. Sayang diri kita .

8. JANGAN MEMBONGKOK KAN BADAN
Ibu selalu pesan "jangan bongkokkan badan. Kalau barang jatuh ., suruh je sesiapa tolong ambil kan "
Bukan apa kan takut kepala pening .orang tua kata kalau bongkokkan badan nanti darah naik ke kepala. Tapi memang ada  betulnya tau. Jangan sesekali lawan cakap orang tua. Akak dah kena. Tu yang akak pesan kat korang lak. Hahaha

9. JANGAN MENCANGKUNG
wahhh. Ini satu masalah besar bagi orang yang sembelit. Alhamdulillah saya tak pernah kena sembelit dan perbuangan agak mudah.
kenapa kita kena sembelit ??? Sebab usus kita lemah lagi. Jadi air amat membantu ketika ini. Jangan takut untuk minum air lebih.
saya amalkan makan ostematrix untuk sembelit sebelum tidur. Jadi setiap kali bangun pagi tak perlu risau.

10. AMALKAN MAKAN VITAMIN SHAKLEE
sudah semestinya . 3 tahun saya makan vitamin shaklee ni. Dari dalam pantang anak ke 3 hingga sekarang anak ke 5. Sila percaya ye. Tak pernah tinggal makan vitamin shaklee ni. Walaupun sedang hamil.
Saya dapat rasakan perbezaan  besar dari segi kesihatan ketika hamil , proses kelahiran dan dalam berpantang anak yang belum dan selepas makan vitamin.
Badan rasa sihat dan sangat bertenaga ketika hamil dan waktu proses kelahiran . Alhamdulillah anak dalam kandungan pun sihat .

Jadi bila kita berpantang sendiri ni.kita perlukan semangat yang tinggi dan harus ada kerjasama baik dari suami. Semua perkara diatas harus diikut. Pastikan minta tolong suami atau sesiapa keluarga terdekat untuk membantu. InshaAllah kita akan rasa seronok untuk berpantang sendiri dirumah sendiri. Lagipun hati pun tenang bila dirumah sendiri. Boleh tengok keperluan suami dan anak anak .

Harga istimewa untuk anda . 

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai vitamin shaklee dan inginkan harga yang istimewa sila hubungi saya.

Siti Rozita Binti Othman
No hp 019 655 0049
FB :Siti Rozita Othman
SID Melaka,  Seluruh Malaysia dan Indonesia
COD : bukit rambai, sungai udang dan Cheng
Pos : Seluruh Malaysia

Salam Sayang
Ummi Damia Aliah

0 comments:

Catat Ulasan