Home » » Bahaya Anak Kecil Mengunakan Gajet

Bahaya Anak Kecil Mengunakan Gajet

Written By Siti Rozita Othman on Rabu, 1 Julai 2015 | 11:13 PTG

Bahaya Anak Kecil Mengunakan Gajet 

Zaman sekarang ni rata-rata anak kecil kita dah didedahkan dengan permainan game atau tengok youtube cerita kartun di gajet kesayangan kita. Selalunya kita akan bagi apabila ingin leka kan anak kita ataupun nak bagi diam dari menangis. Betul tak?
Pun begitu setiap perkara walaupun ada kebaikan tetapi jika tanpa pengawasan seperti penggunaan gajet di kalangan anak anak mungkin akan menyebabkan perkara yang sebaliknya akan berlaku.

Lama dahulu bila mana permainan video diperkenalkan ada kes yang mana anak anak yang asyik dengan permainan video telah terlampau asyik bermain sehingga tidak tidur akhirnya menyebabkan kematian pada seorang kanak kanak tersebut.Walaupun perkara ini terpencil dan jarang sangat berlaku tetapi itu adalah contoh bagaimana kerosakan masih boleh berlaku disebabkan penggunaan gajet yang berlebihan.
sila klik video ni. Ada tips yang menarik tau. 


Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online from iReach HD on Vime22o.

Beberapa minggu ni saya diuji apabila damia dan husna berebut untuk mengunakan hp saya. Mudah je dia mengambil hp saya untuk melihat youtube cerita kegemaran mereka iaitu upin ipin. Ada kalanya hingga jam 4 pagi. Memula saya rasa ok juga lah . Dapat dorang temankan saya jaga baby huzaifah yang turut berjaya masa tu. Tapi lama kelamaan jadi kebiasaan pulak. Takut boleh mendatang mudarat pulak bila mereka tidur lewat. Sebab esok nya pasti bangun lewat. Kadang kadang sampai jam 12 tengah hari.

Jadi saya mula tegas dan tak benarkan mereka ambil hp saya. Pada mulanya memang ada drama air mata dan aksi yang berbagai bagai. Berguling sana sini. Puas saya fikirkan dan bersabar jadi ketegasan paling utama. Alhamdulillah akhirnya mereka faham dan pandai buat aktiviti sendiri.

SEDIAKAN BUKU DAN PENSEL
Saya suka sediakan buku cerita bergambar . Buku mewarna dan pensel warna untuk mereka. Jadi memang leka dorang bermain. Sampai dinding bilik pun jadi mangsa hasil seni mereka. Huwaa.
apapun kenalah pantau dan hormat mereka. Perkembangan tumbesaran mereka bergantung pada cara kita mengajar mereka.


segalanya tentang anak anak kecil yang inginkan kebebasan untuk menerokai alam tumbesaran mereka. Kita mampu mengajar dan membantu mereka kearah yang lebih baik.


Salam sayang.
ummi Damia Aliah.

0 comments:

Catat Ulasan