Home » » Soto Paling Sedap Di Serom 4. Tangkak ,Muar Johor.

Soto Paling Sedap Di Serom 4. Tangkak ,Muar Johor.

Written By Siti Rozita Othman on Sabtu, 6 Februari 2016 | 6:30 PTG

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Sejak kak long sekolah di Sekolah Agama Serom 4. Kami anak beranak memang tak lepaskan peluang makan di satu gerai di daerah serom ni. kedainya nampak macam simple je tapi soto dan kuih gorenganya nya sangat sedap sekali. 

Damia dan husna lak suka sangat minum ABC dan makan cendawan celup tepung. Memang syok makan dengan sambal.

Kami sementara tengah tunggu soto di sajikan, kami akan makan cendawan goreng . Pisang dan juga tempe goreng. 
Istimewanya di johor ni. Setiap gorengan tu boleh di cicah dengan sambal atau sambal kicap yang telah tersedia. 


Amboi kak long bukan main berselera lagi. Memang kena dengan citarasa kami. Harga nya juga berpatutan. Jadi memang tiap kali ke serom mesti singgah di gerai ni.


Haritu kami ada makan mee bandung di sungai mati johor. Memang syok layan masa tu kena time hujan lak. Perut pun tengah lapar. Tapi lupa lak nak ambil gambar . Andai pergi lagi tempat yang sama . InshaAllah akan update pasal mee bandung muar lak. Jumpa lagi...

Salam Sayang
UMMI DAMIA ALIAH

0 comments:

Catat Ulasan