Home » , » Kata-Kata Motivasi / Hikmah Disebalik Ujian

Kata-Kata Motivasi / Hikmah Disebalik Ujian

Written By Siti Rozita Othman on Khamis, 19 Mei 2016 | 6:57 PG

Kata-Kata Motivasi / Hikmah Disebalik Ujian


Suatu hari ada sebuah kapal yang tenggelam dipukul badai. Semuanya hancur musnah.

Tiada anak kapal yang terselamat kecuali seorang pemuda yang berjaya mendapatkan pelampung.

Dia terdampar di sebuah pulau kecil yang tak berpenghuni, keseorangan, dan tidak punya bekal makanan.

Dia terus berdoa pada Tuhan untuk menyelamatkannya dari kesusahan itu.

Setiap saat, si pemuda memandang ke penjuru laut, mengharap ada kapal yang datang mendekat.

Sayangnya, pulau itu terlalu terpencil. Hampir tiada kapal yang melewatinya.

Lama kemudian, pemuda itu pun merasa penat untuk berharap. Lalu untuk menghangatkan badan, dia membuat unggun api, sambil mencari kayu dan pelepah nyiur untuk tempatnya beristirahat.

Dia membuat khemah dari daun-daun dan batang pokok yg tumbuh di hutan, sekadar tempat untuk melepas penat lelah.

Disusunnya semua daun nyiur dengan cermat, agar khemah itu kukuh dan dapat bertahan lama.

Keesokan harinya, pemuda itu mencari makanan. Dicarinya buah-buahan untuk mengisi perut yang lapar.

Seluruh pelusuk pulau dijelajah kemudian dia kembali ke khemahnya.

Sesampai di situ, dia terkejut. Semuanya telah hangus terbakar, khemah yg dibuatnya dgn penat lelah dijilat api malah hampir tak bersisa.

Khemah itu terbakar kerana unggun api yang lupa dipadamkannya. Asap membumbung tinggi, dan hilanglah semua kerja kerasnya semalam.

Pemuda ini berteriak marah, "Ya Tuhan !! mengapa Engkau lakukan ini padaku? Mengapa? Mengapa?", teriak pemuda itu mengenang nasibnya.

Tiba-tiba terdengar bunyi kapal. Ternyata ada sebuah kapal yang datang. Kapal itu mendekati pantai, dan turunlah beberapa orang menghampiri pemuda yang sedang menangis itu.

Pemuda itu terkejut. Lalu bertanya, "Bagaimana kalian boleh tahu aku ada disini?"

 Mereka menjawab, "Kami melihat kepulan asap yg dibuat olehmu!!"

_____________

Renungan :


Teman, sangat mudah bagi kita, untuk marah ketika musibah datang menimpa kita.

Duka yang kita terima, nampak seakan begitu berat namun ingatlah kita tak boleh kehilangan hati kita.

Sebab Allah selalu ada di dlm hati kita, walau dalam keadaan yang paling berat sekali pun.

Dan ingatlah, ketika "asap dan api " yang membumbung dan terbakar dalam hati anda, jangan kecil hati.

Jangan sesali semua itu. Jangan hilangkan perasaan sabar dalam kalbu.

Boleh jadi, itu semua adalah sebagai tanda dan simbol bagi orang lain untuk datang pada kita lalu menolong kita.

Semua hal buruk yang kita fikirkan, akan selalu ada jawapan yang terbaik dariNya.

Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat kita. Jangan hilangkan harapan itu.

Mungkin sahaja kamu ada masalah dengan kesihatan. Puas berubat mencari penyelesaian, apa kata contact akak untuk sekadar perkongsian, manalah tahu ada suplement boleh membantu. Atau manalah tahu kamu ingin mengoptimumkan kesihatan anugerah besar dalam kehidupan

Siti Rozita Othman 019 6550049

Pengedar Shaklee Melaka ,  Seluruh Malaysia 



0 comments:

Catat Ulasan