Home » » National conference Shaklee 2016

National conference Shaklee 2016

Written By Siti Rozita Othman on Sabtu, 28 Mei 2016 | 11:08 PTG

Assalammualaikum sahabat sekalian ...

National Conference 2016 diadakan di Sunway Pyramid convention centre pada 28 may 2016 (sabtu) amat dinantikan oleh semua para pengedar shaklee Malaysia termasuk saya. Hari istimewa untuk penerima anugerah yang berjaya mencapai target yang telah ditetapkan. 

Sepanjang NC di jalankan berbagai acara menarik disediakan , benda yang paling suka adalah promosi yang shaklee buat dan cabutan bertuah. 

Harapan saya semoga SMT lebih berkembang maju dan melahirkan leader2 hebat yang efektif untuk sama sama naik pentas dengan mereka. Doakan saya ye kawan2. 

Alhamdulillah suka tengok gmbar ni, ehsan dari en munzir ireach ambilkan gambar yang cantik ni.

terpaksa naik pentas sesorang sebab suami tercinta pergi tukar kasut .. tak tau lah nak nagis atau gelak dengan peristiwa ni.. saya turun pentas suami baru sampai . punya laju dia berjalan agaknya kan. dah lah jauh parking kereta, tak pe bang, tahun depan kita naik pentas sama2 lagi. 

huzair pun pandang belakangcari abang aji ye..
terima kasih abang aji, walaupun takdapat naik pentas sama2 kalini, selalu bagi semangat dan galakkan.

Adibah nor jadi pengacara dan menyampaikan lagu ..memang best suara dia

Anak2 juga seronok disediakan tempat khas untuk mereka bermain seharian, ada badut yang melayan, ada disediakan tv untuk menonton kartun didi and friends ada disediakan juga minuman kegemaran mereka iaitu meal shakes,. semua pihak shaklee sediakan dengan percuma.


kaki dukung adik huzaifah yg tertidur, ummi suruh letak atas kerusi lembt yg disediakan, lena huziafah tidur dalam bilik sejuk yang best tu, tak hirau pun suasana kakak dan abang yg senang bermain.
bukan kata budak2, kalau dibagi pilihan, kita mak budak pun sama sibuk nak naik tu kan..

senyum penat ke seronok tu, dia kata dah kenyang makan roti dan minum meal shakes, ummi agak kak ngah dah na tidur tu, tp disebabkan ramai org, malu2 kucing lah tu kan,

Kita berjumpa lagi tahun hadapan dengan suasana lebih meriah dengan lahirnya leader2 baru SMT dan kekal efektif leader yang sedia ada, Aamiin,

Hubungi saya untuk menjadi sebahagian ahli keluarga SMT
019 655 0049 siti rozita Othman
SID melaka

0 comments:

Catat Ulasan