Home » , » Pelbagai Jenis Makanan Di Terengganu Memikat Selera.

Pelbagai Jenis Makanan Di Terengganu Memikat Selera.

Written By Siti Rozita Othman on Ahad, 29 Mei 2016 | 4:00 PG

Selamat Datang Ke Terengganu

Dalam perjalanan balik dari Sunway (NC) suami tanya nak kemana, memandangkan cuti sekolah 2 minggu baru bermula. kak long dan ummi nak makan sata dan kopok lekor di terengganu, kak ngah tak kisah, janji dapat jalan , damia nak makan durian,  ayah dua2 nak, durian pun nak, makan sata pun nak.

undi sama ada nak ke perak atau ke terengganu.. disebabkan hanya 2 orang nak makan durian, jadi kali ni kita ke terenganu..yehhhh.

syukur alhamdulillah salah satu hajat ummi tercapai tahun ni. 

disebabkan tiada perancangan awal dan kami terjah aje, jadi dengan sukarela kami hanya berehat dan tidur di dalam kereta. lagipun cuti abang aji hanya 2 hari,  esoknya kene kerja malam. jadi target sampai terengganu pagi ahad, beli apa yang patut dan terus gerak balik.

alhamdulilah perjalanan kami dipermudahkan . kami sampai terengganu awal pagi .

tak sah kalau tak singgah pasar payang kan. kita beli kopok lekor dan telur penyu kat sini.
tak pernah rasa telur penyu, dorang kata masin dan sedap, ok selamat menjamu selera, kak ita dah perkena cendol sedap.
kita berhenti di kedai jual sata . memang sedap betul makan panas2, tergigit lak cili api, berair mata.

cantik kan pemandangan di sini, kami berhenti makan tengahari. 


syukur alhamdulillah, tepat jam 3.30 pagi (hari isnin) kami sampai ke melaka, walaupun agak meletihkan tapi seronok tu memang ada, mungkin dapat mengembirakan hati anak anak. InsyaAllah  semoga kita dapat kembali lagi ke terengganu yang mewah dengan makanan yang sedap2. Aamiin.

0 comments:

Catat Ulasan