Home » , » Tips Masak Kuah Laksa Pekat Dan Sedap

Tips Masak Kuah Laksa Pekat Dan Sedap

Written By Siti Rozita Othman on Sabtu, 14 Mei 2016 | 7:36 PTG

Tips Masak Kuah Laksa Pekat Dan Sedap


Assalammualaikum semua .Selamat berhujung  minggu ..

Nak dijadikan cerita , kelmarin ibu akak minta buatkan laksa. Katanya dah lama tak makan. Jadi sebelum balik kampung , akak dah siap buatkan Awal-awal. Lagipun memang dah lama amat tak buat laksa ni. Rupanya kak kong pun teringin  nak makan . Bagus juga lah terlanjur kak kong pun ada, boleh lah bersila makan laksa beramai ramai.

Sebenarnya tak lah susah sangat nak buat laksa ni . Tapi yang paling leceh bila nak asingkan tulang. Mau kecik besar mata nak pilih tulang yang halus2.

Mesti korang dah malas nak baca panjang lebar mukadimah kan. Dah terus tengok Resepi Kuah Laksa .. akak tau dah tu.


BAHAN-BAHAN KUAH.


1 kilo ikan kembung/ ikan sardin
10 ulas bawang besar
10 ulas bawang kecil
3 ulas bawang
Sedikit halia
Segengam cili kering (kalau nak pedas  boleh tambah lagi cili kering)
3 batang bunga kantan
2 batang serai
2 ikat Daun kesum(kat pasar dah siap ikat )
5 keping asam keping

CARANYA

Rebus ikan kembung dengan beberapa ikan kembung. Sampai ikan masak. Kemudian asingkan isi dan tulang. Tulang di kisar dan tapis untuk dibuat kuah.
Isi ikan dihancurkan. Tak perlu di kisar. Sedia letak di dalam periuk bersama air kisar tulang ikan tadi.

Kisar semua bawang dan cili hingga lumat. Dan terus masukkan kedalam ikan tadi.

Tumbuk serai dan batang bunga kantan. Dan bunga kantan di potong 4. Dan masukkan ke dalam kuah tadi.

Kuah boleh didihkan. Tambahkan air untuk banyakkan kuah dan boleh letak sekali daun kesum dan asam keping.
Bila sudah mendidih boleh letakkan garam dan tambah asam keping jika inginkan rasa masam


BAHAN HIASAN


Timun diracik halus
Telur rebus di belah 2
Daun salad di racik halus
Cili hidup/cili api dihiris halus
Bawang besar dihiris halus
Limau sambal dipotong 2

Sedap kuah laksa ni pekat. 

Kak ita mesti nak tambah ciki padi. Nak bagi pedas . 


Jangan lupa baca doa makan. Puas hati masak sendiri kan.

TIPS untuk jadikan kuah laksa kita pekat dan sedap , kita masak awal kuah laksa ni. Andai nak makan esok, kita masak malam ni. Bukan maksud dah masak malam ni kita tak boleh makan tapi rasa kuah masih belum sebati. Sama macam kuah-kuah gulai yang lain kan. Biasanya kuah semalam lagu sedap rasanya. Tambah bila masak asam. Betul tak.

Satu lagi kuah laksa mesti letak bawang merah lebih. Baru rasa manis kuah laksa kita. Dan akan membantu memekatkan kuah laksa kita.

Ok.semua kak ita dah share , jangan simpan je resepi . Mesti cuba tau. Selamat memasak.

Salam sayang.
Ummi Damia Aliah.

Psssttt nak vitamin Shakee Boleh hubungi kat ita .

019 655 0049 Siti Rozita Othman

SID Melaka. 


0 comments:

Catat Ulasan