Home » » Kedai Mee Rojak Dan Mee Kari Guna Dapur Kayu, Batu Kikir, Bahau. Negeri Sembilan.

Kedai Mee Rojak Dan Mee Kari Guna Dapur Kayu, Batu Kikir, Bahau. Negeri Sembilan.

Written By Siti Rozita Othman on Sabtu, 8 Oktober 2016 | 6:32 PTG

 Semalam kami sekeluarga pergi ke batu kikir , bahau , Negeri sembilan.  sebab nak penuhi hajat ummi nak makan rojak dan mee kari uwan kat situ. Abang aji saya kata... "moh ler ummi ko dah macam orang mengidam". Hahahaha.

Entah kenapa rasa macam terpanggil-panggil lak sebab nak rasa keenakan yang disebut2 dan yang menariknya uwan ni masak mengunakan dapur kayu tau. Tu yang rasa macam teringat kisah masa kecik dulu.

Dalam perjalanan kesana mulalah macam2 kisah keluar. Memang tak dapat tidur lah kak ngah dan damia sebab kena dengar apa ummi dan ayah nak cakap. Walaupun rasanya cerita ni dah berulang ulang kali bebudak ni dengar tapi sedap je ummi dan ayah nak cerita lagi. Sekadar untuk menjadi pedoman dan peringatan untuk kami dan mereka.

Masa saya kecil dulu memang masak gunakan dapur kayu. Sebelum pergi sekolah dah kena buatkan air untuk adik adik. Pastu bila dah besar sikit baru ada dapur minyak tanah kemudian dapur gas. Tapi dapur gas digunakan pada waktu malam aje. Sebab nak jimatkan gas dapur kayu masih lagi digunakan.

Saya juga pernah mengiling cili kering. Tau tak bila masak mengunakan cili giling dan dapur kayu.. rasanya memang cukup sedap. Mungkin sebab aroma kayu tu sendiri ataupun mungkin sebab dah penat dan lapar semuanya jadi sedap. Tapi tak kisahlah apa pun yang penting memang syok makan ramai ramai masa tu. Berebut rebut  dengan adik beradik. Pulak semuanya lelaki. Jadi ummi kena pantas kalau tidak memanglah tak merasa.hahaha. meleleh air mata bila teringatkan kembali. Tambah bila arwah abah dah tiada sekarang. Mulalah datang rindu. Dulu kalau masa makan arwah abah akan bagi pesan. Tak banyak sikit je.

Umur 12 (darjah 6) dah pandai masak yang simple macam sambal. Masak asam . sup . Goreng sayur. Jadi bila dah ada ramai anak dara ni. Mulut ummi memang pot pat pot pet lah selalu. Nak dorang pun tau masak .Jadi kalau kemana2 pun dah tak risau. Basic dah tau. Anak dara kalau tak tau masak memang hinggap kuali kat kepala. (Macam saya dulu , berdekuk kuali dan sudip singgah kepala kalau lambat kat dapur. agaknya tu yang sekarang kira lepaslah masak untuk keluarga) .

Mee kari memang terbaik. Sodap. Tak de pun telur rebus dah kerang tapi rasanya memang cukup tertarik.

Berbalik pasal uwan ni, Cuba fikir.. kenapa kedai uwan yang jauh tu kami boleh pergi. Mestilah sebab mee kari dan rojak yang sedap . Bau aroma kayu api. Layanan mesra tuannya. Harga yang berpatutan.

Dapur dan periuk untuk memasak air. 
Kalau nak rasa air masak bau asap. Jemputlah ke batu kikir. Sedap.

dapur kayu api untuk memasak juadah untuk jualan

Dapur yang untuk masak air pun sudah lama digunakan . Sejak turun temurun katanya. Jadi di situ kita kena belajar. Buat sesuatu secara istiqomah. Lama lama jadi mahir dan sedap. Dan menjadi tarikan utama masak mengunakan dapur kayu yang sekarang ni saya percaya sudah ramai tidak mengunakannya lagi.

Begitu juga dalam bisnes shaklee ni. Saya nak semua anak anak main peranan masing masing kelak. Dari awal ummi dah kenalkan dengan suplemen yang terbaik. Shaklee sangat menjaga kualiti setiap barangan keluarannya . Kita hanya tinggal nak kenalkan pada customer sahaja. Share kebaikan shaklee kerana kita tau kesihatan yang baik tiada nilainya. Kasihan kepada mereka diluar sana yang masih belum mengenali shaklee . Ummi nak  bila orang nak beli vitamin. Mereka tau nak beli kat kita sahaja. Sebab mereka tau, kita akan memberi perkhidmatan yang baik kepada mereka. Pasti akan puas hati. Ye tak. 😉

Hubungi saya untuk info dan order vitamin shakle.
019 6550049 ITA
Wakil shaklee melaka

#hi5Shaklee
#vivixmurah#vivixbagus
#SinergiMuslimahTerhebat
#tsunamishaklee
#PromoOmega

0 comments:

Catat Ulasan