Resepi sambal jawa/Sambal Banjar

Written By Siti Rozita Othman on Sabtu, 22 Oktober 2016 | 6:35 PTG

Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu. 

Harini Suami Cuti. Jarang dapat cuti hari sabtu ahad sebab suami kerja shift. Best juga sebab bila hari bekerja kami ke pasar atau pasaraya , memang lenggang je. Hihi

Apalagi bila dah anak2 pun cuti sekolah ni , riuh lah sikit. awal pagi dah minta masakkan makanan kegemaran . 

Saya ingatkan nak buat nasi lemak atau bihun goreng . Tapi bila dah ada menu lain. Kak ita terus masak nasi putih. Kita masak lauk terus. Senang kerja kan. 

Nak tau tak, makanan kegemaran suami saya mudah je . Lauk ni memang tiap minggu suami saya suh masak. 

Senang sangat nak buatnya . Bahan2 pun nak jumpa. 

Dah ada sambal banjar ni, Cukup kalau ada  tambah ikan masin  dan sayur goreng atau kentang rebus air campur suhun. Makan lak dengan nasi panas2. 
Subhanallah memang sedaplah. 

Untuk sesiapa yang belum kenal dan rasa sambal banjar ni saya akan kongsi resepinya di bawah . Selamat mencuba. 


Sambal Jawa/sambal banjar

Lada hijau - hiris
Ikan bilis
Bawang merah
Bawang putih
Belacan sikit
Pati santan. (Setengah biji)
Garam (ikut rasa)
Gula/ajinamoto. (Akak letak gula sikit)

Goreng dulu rencah (ikan bilis. Bawang merah dan putih yg telah ditumbuk) hingga garing.
Masukkan belacan . Dah sebati masukkan santan pekat dan cili hijau.
Perisakan dgn garam dan gula.
Masak hingga pekat.

Ummi damia Aliah.

0 comments:

Catat Ulasan