Aktiviti Cuti Sekolah Bersama Anak-Anak

Written By Siti Rozita Othman on Isnin, 28 November 2016 | 1:24 PTG

Dah mula cuti sekolah ni banyak sungguh aktivitinya kan. Maklumlah 5 orang anak dara kak ita. Ramai kan.😄

Dari pagi bawa ke malam. Ada je aktiviti nak buat. Dari sama2 mengemas , Sama2 memasak , sama2 berlari dan sama2 gelak dan geng gaduh gak. Hahaha

Maklumlah ada 2 anak dara besar. Jadi kena bahagikan tugasan harian. kak ngah tolong bahagian dapur. Dari kemas dapur sampai tolong masak. Kak long bantu kemas bahagian tengah dan jaga adik2. Adilkan. Hihi. 

Esok dorang ikut program memanah anjuran ustaz Anuar. Bagus program ni. Untuk bina yakin diri dan fokus pada matlamat yang betul. badan pun sihat. Yuran pun murah. Rugi kalau tak join. 

Bila ada program/kelas shaklee kak ita angkut dorang sekali. Macam sabtu lepas. Dari pagi hingga ke petang masuk kelas. Sabtu ni pun kami join kelas di Putrajaya. Nasib baik Team kami boleh bawa anak2 sekali 
Jadi tak menganggu pun fokus kami. Malah lebih semangat lagi. Dalam masa yang sama mereka juga dapat berkenalan dengan orang2 yang positifdan amik aura mereka. 
Belajar erti semangat kerjasama dan kena faham maksud tak mudah mengalah . Jadi boleh bawa kepada alam persekolah mereka.

Setiap apa yang kita lakukan harus punya matlamat. Kesungguhan dan tak mengenal erti putus asa. Dalam setiap aktiviti tentunya anak2 lebih seronok untuk pekembangan mindanya dan paling penting masa cepat berlalu. Luangkan masa secukupnya bersama anak2. Bertuahnya saya dapat melihat mereka membesar depan mata. Melayan kerenah dan gelagatnya. Ini lah harta yang amat bernilai untuk saya jaga supaya mereka boleh berbakti kepada masyarakat kelak dan menjadi wanita solehah berjaya dunia dan akhirat. 

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang kita lakukan dan cepat atau lambat hasilnya di dalam ketentuanNya. 

Tau tak bulan ni promo shaklee apa?
Meh lah whatsapp kak ita. Kita sambung borak. 😉

019 6550049 Kak Ita

#TsunamiProG20
#tsunamishaklee
#vivixmurah#vivixbagus
#SinergiMuslimahTerhebat
#buatduitdarirumah
#surirumahbergaji
#smt

0 comments:

Catat Ulasan