Hobi Boleh Mendapat Hasil Lumayan

Written By Siti Rozita Othman on Isnin, 12 Disember 2016 | 4:52 PTG

Kalau ada kelapangan kak ita suka Mengait dan menjahit. Itu dulu. Masa awal2 kawin. Maklumlah 5 tahun berdua je dengan abang Aji. Bila abang aji pergi kerja , terisi lah juga masa lapang dengan perkara berfaedah. Tapi sekarang dah tak sempat lagi . Mesin jahit pun dah simpan. Jarum kait ntah mana perginya .


Bila dah sibuk dengan bisnes shaklee dan anak-anak kecik ni. Hobi dah tukar pada kerja yang biasa kita buat. Memasak dan berjalan-jalan memang hobi kak ita dari dulu lagi. Bab memasak dari umur 11 tahun , kak ita dah kena pegang senduk . Lepas lah masak nasi. Goreng telur/ikan,  Sambal dan goreng sayur.

Adik2 lah suka mengusik kak ita sebab masak sambal pedas. Mau tidaknya, lepas makan,  dorang sakit perut berulang ke tandas. Hahahaha..

Itu dulu..berkat kena ketuk kuali dengan ibu. Akhirnya dah pandai masak sekarang. Belajar dari kesilapan .
kalau masuk blog kak ita ada jugalah resepi yang kak ita share.

Bila memasak ni kita saling bantu- membantu dan ajar anak2 memasak juga. Dalam masa sama kena disiplin tak boleh ambil ringan sebab kita di dapur pun berhadapan dengan bahaya dengan minyak panas , Dapur gas , Peralatan tajam seperti pisau dan barangan eletrik . Jadi anak2 kena faham bahaya ada dimana-mana.

Sebelum buat bisnes shaklee , saya pernah buat roti bun untuk jualan ke kedai2 makan dan kantin kilang. Jika bulan puasa saya akan buat kuih raya. Alhamdulullah memang masyuk . Tapi disebabkan beberapa faktor saya terpaksa berhentikan bisnes ini.

Ada masa free , suami ambil cuti dan jalan-jalan sekali dengan semua. Kak ita tak kisah kemana-mana. Asal ada mereka. Malam tadi abang aji bawa round kat sekitar bukit rambai ni pun dah cukup seronok. Borak-borak sambil tengok hujan rintik-rintik. Syok betul.
Cuti sekolah ni lom ada perancangan lak nak kemana2.

Percaya tak dari hobi kita boleh mendatangkan duit. ????
Caranya mudah. dengan mengait, memasak. roti dan biskut raya. kalau anda suka beronline. mulakan dengan bisnes shaklee.. dengan share produk yang sedia ada. anda mampu mengubah semuanya.

Itu sebabnya bisnes shaklee ni serasi dengan saya, sebab boleh buat apa yang saya suka bersama suami dan anak2 😄

019 6550049 kak Ita
Wakil Shaklee anda

#TsunamiProG20
#tsunamishaklee
#buatduitdarirumah
#surirumahbergaji
#SinergiMuslimahTerhebat
#SMT
#shakleemelaka
#kolagenbuy6free1

0 comments:

Catat Ulasan