Home » » Sayur Organic Sedap

Sayur Organic Sedap

Written By Siti Rozita Othman on Selasa, 13 Disember 2016 | 3:04 PTG

Sayur Organic Sedap 

Petang semalam kak long Aliah baru  gorengkan kacang buncis untuk menu tambahan berbuka puasa. Abang aji memang selalu beli kacang buncis ni .  Dulu kak ita tak suka tau . Tapi lama2 sedap lak. Kadang2 saya buat masak lemak cili api campur ikan atau udang. Goreng nasi pun kak ita letak kacang buncis yang di potong kecik2.

Anak kak ita pun suka kacang buncis ni. Antara sayur kesukaan kami,  selain kobis dan sayuran hijau lain.


Kacang buncis sangat baik Untuk Kesehatan kita dan mengandungi beberapa kandungan zat yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia. Beberapa kandungan zat tersebut diantaranya adalah Vitamin A, Vitamin B1, B2, B3, B6, B11, Vitamin C, Lemak, Protein, Mangan, Magnesium, Potasium, Zat besi, Kalsium, Tembaga, Karbohidrat, Serat dll.

Kebiasaannya kacang buncis dijadikan bahan masakan seharian kita. Selain rasanya yang sedap. Kacang buncis juga sangat baik untuk kesihatan tubuh Kita. Terdapat beberapa manfaat kacang buncis yang menakjubkan untuk kesihatan kita, diantaranya:

Kacang Buncis memiliki kadar protein yang cukup tinggi dan protein yang dimilikinya itu tidak jauh bezanya dengan protein yang ada pada telur. Apabila sayuran buncis ini dimasak dengan betul, protein yang ada didalamnya akan terserap dengan sempurna oleh badan kita dan dapat stabilkan kadar gula dalam darah.

Kacang buncis juga membantu Melancarkan sistem pencernaan kerana mengandungi serat yang sangat tinggi. Sistem pencernaan yang baik dapat mengurangi jumlah kolestrol dalam darah sehingga jantung tetap sehat. Oleh sebab itu, pengambilan kacang buncis sangatlah disarankan bagi mereka yang mempunyai masalah dengan kesihatan jantung

Selain itu kacang Buncis juga mengandung antioksidan yang sangat baik untuk badan kita.

Kandungan mineral yang ada didalam kacang buncis seperti mangan, kalium, zat besi dan magnesium dapat berfungsi untuk meningkatkan sistem metabolisme tubuh. Sistem metabolisme yang baik membantu meningkatkan sistem organ tubuh yang lain.

Adanya vitamin B1, B6, dan vitamin C yang terdapat dalam kacang buncis,  bermanfaat untuk meningkatkan sistem imun tubuh kita. Sistem kekebalan tubuh yang baik dapat mencegah kita supaya tidak mudah untuk terserang penyakit.

Dengan cuaca yang tidak menentu sekarang sangat2 penting untuk kita menjaga kesihatan kita agar sentiasa sihat dan kuat untuk melawan penyakit berjangkit.

Bila melihat kebaikan sayur yang kita makan ni punyalah banyak sumber vitamin dan mineral yang terdapat didalamnya..
tetapi terfikir tak kita bagaimana penghasilan kejadiannya.?

Bagaimana keadaan Tanah yang digunakan.? Adakah benar2 tanah yang baik atau  tanah yang tercemar dengan bahan bahaya.

Bagaimana dengan sistem saliran dan adakah mengunakan racun perosak?

Sebab tu kak ita selalu beli sayur organik . Walaupun sedikit mahal tetapi saya puas hati kerana sayur tersebut selamat di makan kerana mengunakan tanah yang ada sumber galian dan tidak mengunakan racun perosak.
Kebiasaannya kak ita masak sayur2 tak lama. Sebab nak menjaga nutriennya agar tidak hilang.

Dalam masa yang sama kak ita tetap juga makan suplemen shaklee . Kerana bila kita makan suplemen seperti vitalea, vitamin C , nutriferon dan B complex dapat membantu mencukupkan nutrisi seharian badan kita. Dengan itu badan kita akan sihat dan sukar dijangkiti penyakit.

Nasihat kak ita.. pilih lah daun sayur yang berlubang2. Itu tandanya sayur tu tidak di sebur racun perosak dan jangan lupa untuk makan suplemen shaklee yang  kita sedia maklum bahawa suplemen shaklee semulajadi  dan selamat di makan seisi keluarga.

Shaklee Melaka
Wakil shaklee anda
019 6550049 Kak ita


#TsunamiProG20
#tsunamishaklee
#buatduitdarirumah
#surirumahbergaji
#SinergiMuslimahTerhebat
#SMT
#shakleemelaka
#kolagenbuy6free1

0 comments:

Catat Ulasan