Doa Ibu Bapa Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan.

Written By Siti Rozita Othman on Khamis, 5 Oktober 2017 | 9:33 PG


Kepada Ibu bapa yang ada anak yang akan menduduki  peperiksaan SPM. PT3 , SMRA atau apa jua Peperiksaan sekolah... amalkan zikir ini yang kekuatannya dari Asmaul Husna....

(Rentetan perkongsian Ustzah Nurhafizah Musa, program di tg karang). kekuatan Asmaul Husna.

Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam...

Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x
*Baca di dalam hati* 👇🏼
Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x

Allahumma 1x
Ya zohir 40x
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan  1x

Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x

Allahumma 1x
Ya Baari'. 40x
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yakin hanya kuasaMu saja Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.

Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan ank2 sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak2 ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau batal tidak mengapa.. mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya..

Mudah2an perkongisan ini dirahmati Allah.

Dalam Al-Quran surah Al A' Raf.. ayat 180. Buka dan carilah apa Allah kata tentang Asmaul Husna...

salam sayang..😊

buat semua calon, Semoga beroleh kejayaan cemerlang

Ummi sentiasa doakan kak long Aliah Maisarah yang sedang menduduki peperiksaan SMRA 2017 ketika ini dipermudahkan menjawab soalan2 Dan tenang sentiasa . Aamiin.


0 comments:

Catat Ulasan