Home » » Resepi Tosei Mamak Sedap Dan Mudah

Resepi Tosei Mamak Sedap Dan Mudah

Written By Siti Rozita Othman on Jumaat, 6 Oktober 2017 | 6:52 PTG

RESEPI TOSEI MAMAK .


BAHAN-BAHAN:

1 cawan kacang uluthu

3 cawan beras / Tepung beras

1 sudu biji Halba

1 sudu kecil garam.

1 cawan nasi sejuk (untuk mengebukan tosei dan membantu proses pemerapan)*.

CARA-CARA PENYEDIAAN:

Basuh kacang uluthu, beras dan halba dan rendamkan dalam air sekurang-kurang 6 jam.  (Pagi rendam, petang mula mengisar dan keesokan pagi anda boleh memasak).
nota: sekiranya gunakan tepung beras tidak perlu direndam. Adunkan saja dengan kacang tosai yang telah dikisar.

Kisar bersama nasi sejuk ketiga-tiga bahan tersebut dengan sedikit air. Tentukan kisaran anda jangan terlalu cair . Kisar sehingga halus. Masukkan adunan itu dalam bekas dan peram 8 jam lagi. Jangan terlalu lama peram. Adunan akan menjadi bertambah masam. Sekiranya ingin simpan adunan yang berlebihan simpan didalam peti sejuk. Boleh digunakan tiga atau empat hari.

Jangan masukkan garam semasa pemeraman, kerana garam boleh membunuh bakteria semasa proses pemeraman. Adunan tidak  menjadi. Biasanya adunan akan bertambah dua kali kuantiti yang asal. Hanya masukan garam semasa mula memasak tosei.

Jika bancuhan adunan anda terlalu pekat, cairkan sedikit dengan menggunakan air sejuk . Bancuhan tosei boleh diuji kepekatan dengan menggunakan senduk dengan menceduk sedikit adunan. Sekiranya adunan yang baik akan melekat pada permukaan senduk.

Masak tosei sama seperti kaedah membuat ketayap (kuih gulung inti kelapa). Ceduk penuh adunan dengan senduk sederhana dan tuang di kuali tak melekat atau kuali leper (kuali leper permukaannya perlu sapu minyak). Buat putaran sehingga tepung anda menjadi nipis dan bulat. Tutup permukaan tosei dgn penutup. Api dapur perlu sentiasa dijaga. Tosei masak dgn cepat 1-2 minit. Keluarkan tosei anda dan lipat sama rata.

Kak ita akan terbalikkan sebab nak bagi garing sikit kedua2 belah.


Tosei boleh makan dengan sambal tumis ikan bilis, rendang daging , kari ayam, kari sardin atau dengan kuah dhal.

*Kredit Resepi dari mamak haji Penang
Tq mamak haji.

NOTA:

Kalau anda ingin Tosei anda lembut, tambah lebih sedikit kacang tosei.

kalau anda inginkan tosei anda rangup tambahkan lebih sedikit beras atau tepung beras.

Pastu korang boleh buat ala2 roti telur tau. Suka hati kak ita je kan. Sedap ko



Tadaaaa ...Dah siap.. boleh lah makan dengan Kari kambing Dan sambal ...

Kak ita suka tosei lembut Dan di cecah dengan kelapa chutney.

Di bawah ni kak ita sediakan sekali resepi nak buat chutney.

Chutney Kelapa sedap


Bahan :

1 cawan Kelapa parut,

3 sudu besar Kacang gram dal (kacang kuda dikupas)

2 atau 3 cili merah atau hijau (ini tentukan warna chutney anda).

1/2 sudu kecil biji jintan putih*.

1/4 sudu kecil jintan manis*.

1/4 sudu kecil biji sawi*.

1/4 sudu kecil kacang uluthu

1/2″ Halia dicincang,

1-2 tangkai Cili kering. untuk menumis.

5- 6 helai daun kari.

sedikit perahan jus air asam jawa.

1 sudu besar minyak masak.

garam secukup rasa.


Nota: Rempah yang bertanda (*) bermakna anda boleh terus gunakan 1 sudu kecil “halba campur” yang mengandungi semua bahan rempah ini.

Cara-cara membuatnya:

1. Kisar halus Kelapa parut, Kacang Dhal (yg telah goreng kering- tidak kemestian), halia, cili merah hidup, dengan sedikit air asam. Masukkan dalam blender dan kisar. Kisar pekat sedikit yea..kalau giling ia menjadi paling sedap. Masukkan garam secukup. keluarkan dan asingkan ke dalam bekas.

2. Tumis Darat (tampering) – masukan minyak masak ke dalam kuali untuk menumis.

3. Bila minyak panas, masukkan biji sawi, cili kering, biji jintan putih (atau short-cut masukkan 1 sudu kecil halba campur), daun kari…apabila bau harum mula keluar matikan api dapur. Masukkan semua bahan yang telah ditumis bersama minyaknya ke dalam bekas yang tersimpan kisaran kelapa tadi. Kacau rata..dah pun dah sedia…sambal nyioq…kalau nak pedas tambah cili padi merah saja dan berwarna hijau boleh lah masukkan cili hijau gantikan cili merah dlm kisaran. kepedasan terpulang.

Cara Kak ita , masukkan kelapa yang kisar tadi dalam kuali.  Goreng sekejap dengan bahan2 yang dah siap tu. Bagi mesra lagi. Sekejap je.

Ada juga suka masukkan yoghurt ke dalam sambal ini.

Terpulang kepada selera masing2 . Macam.abang aji dan anak2 kak ita memang suka makan yogurt masam tu. 

Selamat mencuba. Pasti menjadi tosei anda..

Siti Rozita Othman
019 6550049
Shaklee Melaka

0 comments:

Catat Ulasan